Thursday 7 March 2013

dunia menakutkan?



Salam 
Hi!

hmm semalam aku baca info ni kat fb.
dari page Laily Beauty

Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!) -

Jika anda melihat seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..

Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, ...JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.

Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).
mereka-mereka ini adalah penjenayah samseng, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda. Tujuan utama taktik kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan. Mohon sebarkan mesej ini.. kongsi dengan kawan-kawan anda agar tidak menjadi mangsa seterusnya.




p/s : memacam cara dalam dunia ni yg membahayakan nyawa orng lain dgn kejahatan yg licik
kes budak2 hilang pun makin maju sekarang,serius duniamenakutkan dijadikan sebagai link blog aku sgt sinonim dgn zaman sekarang..ish ish ish (aku harap kita semua warga pembaca atau pun yang tak membaca terjauh dari segala musibah dlam dunia ni) insyaALLAH..





ni doa yg boleh diamalkan untuk lindung kita dari sagala bahaya :)
Allah lah sebaik2 penjaga dan pelindung maka yakinlah!

No comments:

Post a Comment