Friday 8 March 2013

Cantik dan tak cantik?

Salam
Hi!

hmm jujur aku cakap
dari dulu aku bukan budak cekap
malah aku budak lambat pikap

selain itu
aku juga budak tanpa mekap
kadang2 mungkin jugak ada kayap
dan aku rasa itu punca segala benda yg aku nak cakap

aku tak cantik
dan ini bukan statement mintak simpati
lawan diri atau layan diri

aku pernah dikata tak cantik oleh orang yg dekat dgn hati
malah yg jauh dari jasad ini
dan perkara ini dari dulu lagi

dan ini yg sering berlari
dalam minda hina ini
walau ada skin solution dan berbagai jampi
aku tetap masih begini

dan oleh kerana spesifikasi masyarakat yg membuta tuli
tanpa ada rasa belas pada diri ini
aku terus dipandang seperti manusia tiada hati
dikeji,dihina dan dicaci
hanya kerana aku bukan miss world di dunia ini

p/s :dan kerana itulah aku sering bermain dgn persoalan ini
adakah manusia cantik sahaja layak dibumi?
dan orng macam  aku hanya layak jadi permaidani dan lapik kaki?

Ntah sampai bila aku akan duduk dalam tempurng rendah diri
aku juga perlukan tempat didunia ini :'(
walau apapun Allah kuatkan aku
dan jadikan aku hamba yg kuat dan mensyukuri nikmat..
Alhamdulillah..



2 comments:

  1. percayalah, biar tak cantik pada pandangan manusia tapi biarlah kita cantik pada pandangan ALLAH.. =) tu la yg penting! jgn rasa down! apa yg kita ada bersyukur la.. =) Alhamdulilah...

    ReplyDelete