Salam
Hi!
hmm semalam aku
baca info ni kat fb.
dari page Laily
Beauty
Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!) -
Jika anda melihat seorang lelaki yang
menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta
meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi
membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..
Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta
anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, ...JANGAN
menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.
Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan
dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen
Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).
mereka-mereka ini adalah penjenayah samseng, Mereka bekerja dalam kumpulan dan
berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana
tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.
Tujuan utama taktik kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan
merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.
Mohon sebarkan mesej ini.. kongsi dengan kawan-kawan anda agar tidak menjadi
mangsa seterusnya.
p/s : memacam cara dalam dunia ni yg
membahayakan nyawa orng lain dgn kejahatan yg licik
kes budak2 hilang pun makin maju
sekarang,serius duniamenakutkan dijadikan sebagai link blog aku sgt sinonim dgn
zaman sekarang..ish ish ish (aku harap kita semua warga pembaca atau pun yang
tak membaca terjauh dari segala musibah dlam dunia ni) insyaALLAH..
ni doa yg boleh diamalkan untuk lindung kita dari sagala bahaya :) Allah lah sebaik2 penjaga dan pelindung maka yakinlah! |
No comments:
Post a Comment